|
Pengunjung yang menggemari ekotourism pastinya akan gembira jika berpeluang menyusuri sungai Kelantan melawati hutan hujan yang masih belum dicemari. Anda juga berpeluang mendengar kicauan unggas dan tanda-tanda hidupan liar sepanjang menyusuri sungai. Selain itu, pelancong boleh menikmati suasana aktiviti masyarakat yang tinggal di perairan sungai menjalani hidupan harian mereka.
Untuk menyusuri sungai, ianya bermula di Kuala Krai iaitu kira-kira sejam setengah perjalanan di Selatan Kota Bharu. Di Kuala Krai, anda perlu menaiki bot di jeti sungai untuk memulakan perjalanan selama 2 jam yang akan berakhir di Dabong.
Dari Dabong, beberapa alternatif boleh di ambil. Anda samada boleh menaiki keretapi untuk kembali Kota Bharu dengan persiggahan di Wakaf Bharu ataupun meneruskan perjalanan ke Jelawang untuk mengalami aktiviti merentas hutan. Aktiviti ini memerlukan anda untuk bermalam . Anda boleh menyewa rumah rehat yang disediakan. Jangan ketinggalan untuk mengujungi Air Terjun Jelawang yang begitu mempersonakan dengan tarikan semulajadinya , dan pastinya boleh meninggalkan pengalaman yang manis yang mengambil masa selama sejam setengah merentas desa untuk sampai ke sana.
Alternatif yang lain boleh di buat dengan mengambil perjalanan selatan selama 2 ˝ jam daripada Dabong ke Gua Musang. Di sinilah terletaknya Air Terjun Lata Beringin yang menakjubkan. Gua Musang merupakan salah satu rekreasi Taman Negara yang dianggap sebagai salah satu hutan hujan tertua di dunia. Anda berpeluang menikmati aktiviti berakit safari serta melawat gua-gua yang terdapat di sana.
Bagi anda yang berminat untuk mengunjungi tempat-tempat menarik ini, bolehlah menghubungi agen pelancongan di Kuala Lumpur atau di Kota Bharu untuk membuat tempahan.
|